Followers

Sunday 12 April 2020

pemberian mata SIRA uum untuk mereka yang follow blog rakan seyab

*diingatkan ini merupakan sticky post. 


menarik bukan dengan tajuk ini? sape yang tak mahukan sira. sira anyone? sira oh sira. opss. lupe ingatkan post ini hanya untuk mahasiswa uum sahaja okayh. lain-lain universiti boleh je follow this blog. anyone can come here and pop up comment. mungkin boleh share apa pendapat anda tentang rakan seYAB.


saya sebagai wakil ajk pelaksana program "FACEBLOG" RAKAN seYAB ingin mengumumkan pemberian sira akan diberikan kepada para peserta yang mengikuti blog rakan seYAB. anda cuma perlukan mematuhi beberapa syarat yang saya pasti anda mesti cakap. oh senang giler!! saya mahu sira jugak!! hehe

pemberian sira hanya dibuka dari 13 april 2011-28 april 2011


syarat-syarat untuk dapat sira:


  1. ANDA WAJIB SEOANG MAHASISWA dan MAHASISWI UUM
  2. ANDA MESTILAH SEORANG BLOGGER *tak tegar pun tak pe kot, janji ada blog
  3. TULIS ENTRY PALING RINGKAS DAN PADAT. tajuknya aktiviti yang dianjurkan oleh rakan seYAB sangat best kerana............. (mesti lebih 50 patah perkataan)
  4. LEPAS SIAP ENTRY, LETAKKAN LINK ENTRY YANG DITULIS DI RUANG KOMEN ENTRY STICKY POST (tekan je button komen kat bawah entry ni) ANDA JUGA PERLU LETAKKAN NAMA PENUH DAN NO MATRIK.
  5. DONE *pemberian sira akan diberikan
mudah bukan? so ape lagi, ikut saja syarat-syarat dan juga jangan lupa bagitahu rakan-rakan. selamat mencuba ye kawan-kawan.

Monday 20 April 2015

Face-Blog Rakan SeYAB

Hye Rakan2 Sekalian!!!!....

    Apa Khabar hari ni??.. Harap2 dalam keadaan Sihat la hendaknya....

dan harapan semoga hari esok lebih baik dari hari ini, mudah2 an semua berjalan dgn Baik n Lancar la hendaknya....
Terima kasih kerana follow Blog Rakan seYAB ini dan juga yang like kat Facebook Rakan seYAB.....   



 PENGENALAN

Projek ini merupakan salah satu daripada program yang telah dirancang oleh Rakan seYAB, DPP YAB. Projek ini bertujuan untuk memastikan semua penghuni DPP YAB khasnya mendapat maklumat mengenai perkembangan semasa dan terkini program-program yang akan dijalankan oleh Rakan seYAB dengan kadar yang segera.


 OBJEKTIF

  •   Merapatkan silaturrahim sesama pelajar
  •   Segala perkembangan dan isu semasa Rakan seYAB, DPP YAB dapat diketahui oleh semua pelajar
  •  Mengelakkan kekeliruan tarikh-tarikh program yang akan dilaksanakan.
  •   Spesifikasi setiap program yang akan dijalankan dapat diketahui umum.
  •   Ahli jawatankuasa dapat terlibat aktif dalam laman sesawang.

1) facebook Rakan seYAB
2) rakanseyab.blogspot.com (13 April- 27 April 2011)

Saya sebagai pengarah projek Face-blog Rakan seYAB mengucapkan terima kasih tak t'hngga kepada urusetia2 projek ini atas kerjasama yang diberikan.
& kepada rakan2 seYAB yang kaki Blogger diluar sana, marilah sama2 memeriahkan lagi entry dan follow la kami... hehehe... SeLaMaT MaJu JaYa..... 
~Ainur Yasmin~



Thursday 28 April 2011

“DONATION FOR HAPPINESS”

hai kwn2 blogger smua..
erm hari ni nak share tentang 
Donation For Happiness yang dijalan pada 24, 25 dan 26 Mac 2011
bertempat di sekitar Universiti Utara Malaysia dan di Foyer Pejabat Am
 Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary
ketua projek ini ialah saudari Solehah Bt Saari

Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Sumbangan tersebut akan disalurkan ke rumah kebajikan iaitu ke “Rumah Kanak – Kanak Arau”. Program ini juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk saling membantu antara satu sama lain.

 Objektif
  • Menerapkan sikap bantu – membantu antara mahasiswa/i dengan golongan yang kurang bernasib baik. 
  • Menyemai sikap prihatin dalam diri mahasiswa/i terhadap nasib orang lain.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
antara gambar2 program ini dijalankan

haiii selamat petang.....

JUST WANNA 2 SAY.... HAPPY STUDY WEEK!!!... ANYONE YG BALIK KG 2.. HATI2 YA...
N MORE IMPORTANT ... 

RAKAN SEYAB INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR KEPADA FOLLOWER2 RAKAN SEYAB DAN JUGA BLOGGER2 YANG LAIN... 
GOOD LUCK!!
GAMBATTE NA!!
CHAIYOK2!!
AJA2 FIGHTING!!.... 


hye perhatian please!! ~~ ^ ^

kepada follower2 blog ini khasnya blogger DPP YAB, if anda follow blog ni tapi anda tidak sertakan nama n no.matrik.. sira tidk dpt diberikan.. ruang untuk dpatkan sira sampai malam ini sahaja.(28 april 2011). Then After This, 4 dis semester close sira program face-blog nie... just follow je blog nie...
ok..sekian untuk makluman~~~

THANKS GUYS...

Friday 22 April 2011

“FAMILY DAY RAKAN SEYAB’’

TARIKH: 18 MAC 2011
TEMPAT: PADANG YAB

Program ini merupakan salah satu daripada program yang telaH dirancang oleh Rakan seYAB, Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Siswa Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary. Projek ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa/i Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary agar mereka lebih mengenali antara satu sama lain.

OBJEKTIF

Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan mahasiswa/i.

Memupuk perasaan kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.


Melatih mahasiswa/i untuk saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik 
sesama mereka  dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. 

FOTO-FOTO:







Friday 15 April 2011

"YAB'S PHOTO DAY"

Tajuk: Yab's Photo Day
Tarikh: 26 Mac 2011 (sabtu)
Tempat: Perkarangan Pejabat DPP YAB
Anjuran: Rakan seYAB
Pengarah: Fazhani Bt Che Mat Zain


            PENGENALAN


Projek ini merupakan salah satu daripada program yang telah dirancang oleh    RAKAN seYAB, di bawah Biro Penerbitan dan Seranta. Ianya mengandungi tiga (3) aktiviti menarik yang dijalankan iaitu aktiviti Teka Gambar , Undian Snap Shot dan  Jigsaw Puzzle. Tujuan aktiviti-aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji ketajaman dan kecerdasan minda pelajar dalam  menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Di samping itu juga dapat mencungkil sifat kreatif dan bakat pelajar dalam bidang seni.


 OBJEKTIF

  Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar.
>  Menggalakkan pelajar supaya terlibat aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan.  
  Menjadikan DPP YAB sebuah DPP yang mampu  melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif.






foto-foto menarik semasa program dijalankan: