Followers

Thursday 28 April 2011

“DONATION FOR HAPPINESS”

hai kwn2 blogger smua..
erm hari ni nak share tentang 
Donation For Happiness yang dijalan pada 24, 25 dan 26 Mac 2011
bertempat di sekitar Universiti Utara Malaysia dan di Foyer Pejabat Am
 Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary
ketua projek ini ialah saudari Solehah Bt Saari

Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Sumbangan tersebut akan disalurkan ke rumah kebajikan iaitu ke “Rumah Kanak – Kanak Arau”. Program ini juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk saling membantu antara satu sama lain.

 Objektif
  • Menerapkan sikap bantu – membantu antara mahasiswa/i dengan golongan yang kurang bernasib baik. 
  • Menyemai sikap prihatin dalam diri mahasiswa/i terhadap nasib orang lain.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
antara gambar2 program ini dijalankan

haiii selamat petang.....

JUST WANNA 2 SAY.... HAPPY STUDY WEEK!!!... ANYONE YG BALIK KG 2.. HATI2 YA...
N MORE IMPORTANT ... 

RAKAN SEYAB INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR KEPADA FOLLOWER2 RAKAN SEYAB DAN JUGA BLOGGER2 YANG LAIN... 
GOOD LUCK!!
GAMBATTE NA!!
CHAIYOK2!!
AJA2 FIGHTING!!.... 


hye perhatian please!! ~~ ^ ^

kepada follower2 blog ini khasnya blogger DPP YAB, if anda follow blog ni tapi anda tidak sertakan nama n no.matrik.. sira tidk dpt diberikan.. ruang untuk dpatkan sira sampai malam ini sahaja.(28 april 2011). Then After This, 4 dis semester close sira program face-blog nie... just follow je blog nie...
ok..sekian untuk makluman~~~

THANKS GUYS...

Friday 22 April 2011

“FAMILY DAY RAKAN SEYAB’’

TARIKH: 18 MAC 2011
TEMPAT: PADANG YAB

Program ini merupakan salah satu daripada program yang telaH dirancang oleh Rakan seYAB, Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Siswa Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary. Projek ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa/i Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary agar mereka lebih mengenali antara satu sama lain.

OBJEKTIF

Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan mahasiswa/i.

Memupuk perasaan kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.


Melatih mahasiswa/i untuk saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik 
sesama mereka  dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. 

FOTO-FOTO:







Friday 15 April 2011

"YAB'S PHOTO DAY"

Tajuk: Yab's Photo Day
Tarikh: 26 Mac 2011 (sabtu)
Tempat: Perkarangan Pejabat DPP YAB
Anjuran: Rakan seYAB
Pengarah: Fazhani Bt Che Mat Zain


            PENGENALAN


Projek ini merupakan salah satu daripada program yang telah dirancang oleh    RAKAN seYAB, di bawah Biro Penerbitan dan Seranta. Ianya mengandungi tiga (3) aktiviti menarik yang dijalankan iaitu aktiviti Teka Gambar , Undian Snap Shot dan  Jigsaw Puzzle. Tujuan aktiviti-aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji ketajaman dan kecerdasan minda pelajar dalam  menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Di samping itu juga dapat mencungkil sifat kreatif dan bakat pelajar dalam bidang seni.


 OBJEKTIF

  Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar.
>  Menggalakkan pelajar supaya terlibat aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan.  
  Menjadikan DPP YAB sebuah DPP yang mampu  melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif.






foto-foto menarik semasa program dijalankan:




Tuesday 12 April 2011

TREASURE HUNT: FANTASI MAGIKA

pada 1 APRIL2011 satu lagi program yang telah dianjurkan oleh RAKAN seYAB yang bertujuan

  •  Mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/i di DPP Yayasan Albukhary.
  • Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam diri setiap ahli pasukan yang menyertai aktiviti ini.
  • Mendedahkan mahasiswa/i dengan aktiviti yang menguji minda dan ketahanan fizikal mereka.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang berkebolehan dan aktif dalam sebarang aktiviti dijalankan di DPP Yayasan Albukhary 
program fantasi magika yang digerakkan oleh pengarah bernama Siti Noraziela Binti Saidin ni lebih berkonsepkan magik di seperti yang anda suma boleh bayangkan di dalam filem MAGIKA terbitan KRU. saya pasti para peserta yang hadir sangat gembira apabila melihat ajk pelaksana yang memakai mahkota seakan-akan puteri-puteri di hutan belantara. sungguh cantik kan mereka. cuba lihat gambar dibawah.






tahniah diucapkan kepada semua ajk pelaksana diatas program yang berjaya dijalankan. diharapkan jika anda kelemahan dalam program ini dimaafkan. apa yang baik adalah datang dari Allah dan yang buruk dari diri kita sendiri.